top of page

Perlombongan REE: SPRM akan panggil Sanusi beri keterangan



Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kemungkinan besar akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkenaan kes berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini SPRM telah memanggil 12 saksi bagi membantu siasatan, Muhammad Sanusi bakal diambil keterangan susulan surat tular berkaitan perlombongan REE yang ditandatangani beliau.


"Kita telah tangkap dua, iaitu orang MBI, seorang lagi pengarah syarikat swasta yang kita tengah siasat bergubung isu rasuah. Dan setakat tadi kita telah merakam percakapan 12 orang saksi.


"Ada surat yang diviralkan yang dihantar oleh Menteri Besar Kedah itu pun kita nak tengok kebenaran surat itu sebab dah keluar dalam internet," katanya dipetik.


Pada Rabu media melaporkan seorang pegawai tinggi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah wanita ditahan SPRM bagi membantu siasatan.


SPRM dilapor mengesan beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terbabit kepada pihak tertentu sejak 2020 hingga 2023 bertujuan melindungi aktiviti tersebut.


Sementara itu, Azam memaklumkan pihaknya kini mengesan dua lagi saksi luar negara melibatkan dari negara China yang dipercayai membuat pelaburan berkaitan perlombongan bagi melengkapkan siasatan kes itu.


SPRM juga akan memperhalusi siasatan berkaitan kes berkenaan dan tidak menolak akan memanggil sesiapa yang berkaitan.


"Sesiapa pun akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagaimana yang difikirkan perlu. Cuma lambat atau cepat.


"Saya tidak boleh mendedahkan lagi siapa yang akan dipanggil, ramai saksi yang dipanggil. Antaranya kita nak panggil hal yang berkaitan prosedur untuk meluluskan pengeluaran REE ini dan ada banyak lagi," jelasnya.


Ketika ditanya adakah pihak SPRM ditekan oleh pihak tertentu berhubung siasatan tersebut menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Azam menyangkal sama sekali dakwaan berkenaan.

"Tidak ada yang manipulasi, sama ada PRN ke tidak PRN, yang keluar merit atau tidak kita akan siasat. Saya tidak bergerak atas pentas politik," tegasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page