top of page

Perlis terus dibangunkan walau negeri pembangkang



Perlis meski pun negeri pembangkang namun projek yang telah diluluskan tetap diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan), projek berimpak tinggi termasuk projek Chuping Valley Industrial Area (CVIA) di Koridor Utara diteruskan bagi menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.


"Sehingga 31 Jan 2023, kemajuan infrastruktur projek CVIA telah pun mencapai 99.4%, dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2023.


"CVIA juga dijangka menerima pelaburan komited setakat ini berjumlah RM2.5 bilion dengan sasaran mewujudkan peluang pekerjaan 1,850 pekerjaan setelah disiapkan kelak.


"Manakala projek Perlis Inland Port (PIP) merupakan projek inisiatif di bawah Kerajaan Negeri yang dilaksanakan menerusi model kerjasama awam swasta bagi menyokong perlaksanaan projek berimpak tinggi. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembiayaan pembangunan untuk membiayai insfrasruktur sokongan projek PIP yang terdiri daripada 3 komponen," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim (Pas - Arau) dalam sidang Dewan Rakyat sesi pagi.


Bagi soalan tambahan, antaranya keperluan untuk membenarkan penglibatan tenaga kerja tempatan agar penduduk setempat tidak menjadi penonton kepada projek besar Persekutuan, Rafizi Ramli berkata hal itu tertakluk kepada peraturan projek yang diluluskan oleh kerajaan yang lepas namun boleh dipertimbangkan semula oleh pihak pihak terlibat.


"Sama ada boleh ada penyertaan, yang itu sudah tentu tertakluk kepada peraturan perolehan kerajaan di samping daripada keperluan untuk memastikan projek ini berjalan dengan baik.


"Ada dua komponen, satu penyediaan infrastruktur yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui perutukan pembangunan, dalam masa sama ada komponen yang diusahakan juga oleh Kerajaan Negeri.


"Saya yakin dengan kerjasama kedua duanya, soal penyertaan usahawan tempatan bagi komponen itu dapat disesuaikan dan diambil kira oleh kedua dua belah pihak yang terlibat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page