top of page

Peletakan jawatan Cabang Kalabakan: JPP sedia terima aduan rasmi, berbincang - Dr Zaliha



Peletakan jawatan 11 Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Kalabakan, Sabah yang menang tanpa bertanding semalam merupakan perkara yang amat dikesali.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa berkata peletakan jawatan melalui kenyataan media bertarikh 1 Jun itu tidak sewajarnya berlaku sekiranya anggota yang tidak puas hati berhubung tindak tanduk JPP menjalankan pemilihan parti memilih jalan berbincang dan membuat aduan rasmi.


"JPP sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mana-mana anggota di peringkat cabang serta boleh menerima baik segala bentuk teguran untuk penambahbaikan.


"Panel aduan JPP kini dalam proses meneliti aduan-aduan yang diterima melalui saluran rasmi dan mengemukakan cadangan tindakan yang seharusnya diambil oleh pihak JPP atas aduan aduan terbabit," katanya.


Sebaliknya menurut Dr Zaliha, tindakan meletak jawatan beramai ramai tersebut seolah olah anggota tidak matang berpolitik dan hanya menimbulkan pergolakan dalaman di peringkat cabang dan negeri berkenaan.


Justeru, beliau mengingatkan anggota yang menimbulkan masalah perlu bersedia menghadapi tindakan disiplin daripada KEADILAN.


"JPP ingin mengingatkan semua anggota bahawa segala bentuk aduan haruslah dilakukan secara rasmi dan melalui saluran yang betul.


"Segala bentuk tindakan di luar saluran rasmi seperti demonstrasi atau seumpamanya, boleh diambil tindakan tegas oleh pihak parti," katanya lagi.


Semalam, calon Ketua Cabang Kalabakan berserta 11 Ahli Jawatankuasa Cabang yang menang tanpa bertanding pada pemilihan lalu tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan serta pengurusan perjalanan pemilihan di cabang itu meletak jawatan beramai ramai


Mereka juga mendakwa JPP gagal melaksanakan proses pemilihan dengan adil dan tegas.


Bagaimanapun kenyataan media itu tidak pula menyenaraikan kelemahan, kesalahan atau ketidakadilan pihak JPP sebagaimana didakwa.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page