top of page

Perlesenan platform media sosial bendung gejala negatif ke atas remaja



Oleh: Akmal Manaf


Langkah kerajaan menguatkuasakan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada platform pengedali media sosial mulai 1 Januari lalu tepat pada masanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fadzli Roslan berkata, tindakan penguat kuasaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu akan membendung 'gejala negatif' di alam siber dan sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat kepada anak muda.


''Saya bersetuju dengan perlesenan platform media sosial. Menerusi inisiatif itu, pelbagai gejala negatif dan unsur-unsur tidak sihat ke atas anak muda dapat dibendung.


''Namun ianya harus disusuli dengan pemantauan yang berterusan agar 'kelompongan' dapat dikenal pasti dengan segera,'' katanya kepada Suara Keadilan.


Pada Disember tahun lalu Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan kepada Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana pemegang lesen atau pengandali media sosial perlu mencegah perlakuan dan cubaan perlakuan kesalahan oleh pengguna media sosial. Sebelum itu pencegahan tidak diwajibkan kepada pengendali platform.


Selain itu, Fadzli juga berharap kerajaan akan segera menghadkan umur remaja yang boleh mempunyai akaun media sosial.


Hal itu, katanya, mampu mengelakkan remaja di bawah umur terdedah kepada buli siber, kandungan yang merosakkan akhlak dan sebagainya.


"Golongan remaja perlu dididik agar kesihatan mental, buli siber dan gangguan-gangguan sosial yang lain dapat diatasi.


''Saya berpandangan ia (penguatkuasaan had umur) dapat mengurangkan masalah-masalah seperti yang disebutkan itu.


''Ini kerana, umur remaja yang lebih muda kadang-kadang belum bersedia untuk menghadapi cabaran sedemikian,'' katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page