top of page

Perlesenan media sosial mudahkan siasatan, elak aktiviti scam




Oleh: Akmal Manaf


Keputusan Kerajaan MADANI menguatkuasakan lesen penyedia platform media sosial sejak 1 Januari lalu mendapat pujian daripada ahli politik di negara ini.


Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Fitri Ismail, langkah yang dikuat kuasakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu merupakan sesuatu yang amat baik bagi memudahkan sebarang siasatan dijalankan jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang terutama mengenai pemesongan aktiviti kewangan di atas talian yang mengancam pengguna media sosial.


''Pelesenan platform media sosial adalah penting supaya kita dapat mengawal selia semua perkara yang ada dalam platform berkenaan.

Fitri Ismail
Fitri Ismail

''Ia adalah untuk memastikan pengguna, penyedia dan pihak-pihak yang melakukan aktiviti dagangan dalam media sosial ini terkawal dan boleh diletakkan di bawah satu garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang jelas,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pelaksanaan pelesenan bagi membendung aktiviti jenayah kewangan di Internet.


Sebelum ini berdasarkan statistik dikeluarkan MCMC berkaitan "eksploitasi seksual kanak-kanak, scam dan buli siber" menunjukkan peningkatan besar aduan jenayah scam daripada tahun 2022 yang mencatat 2,675 kes kepada 4,180 kes pada 2023.


Jenayah itu dapat dicegah dengan pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), iaitu seksyen 233A, Larangan Penghantaran Pesanan Elektronik Komersial Tanpa Diminta.


Diharapkan dengan penguat kuasaan seksyen baharu ini akan mengurangkan jenayah scam dalam kalangan pengguna media sosial.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page