top of page

Perlembagaan Sabah beri peluang Shafie sebagai Ketua Menteri



Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam tidak mempunyai sebuah parti yang menang melepasi majoriti mudah 37 daripada 73 kerusi.


Manakala parti berdaftar yang menang paling banyak kerusi adalah Warisan, mendapat 29 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan BN 14 kerusi.


Berdasarkan Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah boleh melantik ketua sebuah parti berdaftar yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.


Perkara tersebut juga ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sidang media pada awal pagi tadi, mengulas keputusan PRN Sabah.


“Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.


“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.


“Saya melihat bahawa saya juga tidak lupa bahawa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga keadaan yang kita lihat di bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tetapi parti terbesar ialah Warisan yang memimpin kerajaan,” katanya dipetik Borneo Today.


Selain Warisan, PN dan BN parti-parti lain juga bebas bergabung untuk membentuk kerajaan baharu.


Parti-parti tersebut ialah PBS 7 kerusi, KEADILAN 2 kerusi, UPKO 1 kerusi dan Bebas 3 kerusi.


Untuk rekod, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN dan PN bukanlah pertubuhan berdaftar dan mempunyai kesukaran untuk dibenar membentuk kerajaan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page