Perlawanan Liga Malaysia 2023 disiar melalui RTM
- Suara Keadilan
- Feb 1, 2023
- 1 min read

Radio Telivisyen Malaysia (RTM) akan menjadi rakan penyiar Liga Malaysia 2023.
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil berkata stesen penyiar kerajaan itu akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia.
"Siaran merangkumi beberapa saingan termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat para peminat sukan bola sepak tanah air.
"Perlawanan pertama akan disiarkan pada 24 Februari 2023 melibatkan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.
留言