Perlawanan bola sepak boleh ke stadium, untuk apa sekat Ahli Parlimen bersidang? - Dr Azman




Kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mempunyai alasan yang munasabah menggantung sidang Parlimen sebagai langkah mencegah risiko merebaknya pandemik Covid 19.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, alasan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kononnya Parlimen dihalang bersidang untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid kerana ke atas Ahli Parlimen yang berusia di atas 60 tahun tidak lagi terpakai.


Katanya, alasan itu luput tarikh selepas kerajaan membenarkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia di stadium yang disaksikan oleh ribuan penyokong.


"Itu jelas menunjukkan bahawa hakikat Parlimen tidak bersidang bukan sebab-sebab khusus Covid sahaja tetapi ada alasan lain.


"Kapasiti bagi sidang Dewan Rakyat adalah ratusan Ahli Parlimen sahaja, berbanding di stadium yang mencecah ribuan orang walaupun dengan beberapa syarat.


"Oleh itu, pada saya sidang Parlimen perlu diadakan segera," katanya ketika dihubungi.


Menurut Dr Azman lagi, perlawanan bola sepak secara logiknya lebih berisiko kerana berlaku sentuhan di padang antara pemain, sedangkan sidang Dewan Rakyat misalnya tidak berlaku sentuhan, malah mempunyai penghadang lut sinar antara satu Ahli Parlimen dengan yang lain.


Tegas beliau yang juga doktor perubatan, dari segi kesihatan tidak ada sebab untuk terus menutup Parlimen.


Untuk rekod, pada 3 Mac lalu Takiyuddin mengeluarkan kenyataan tidak perlunya Parlimen bersidang sewaktu darurat.


Di samping itu beliau berdalih, daripada 220 ahli Parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.


"Hampir sebahagian ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko...jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada Covid-19 sebab berada di 'confined area' iaitu sempit dan tertutup.


"Apabila Parlimen bersidang, seorang ahli Parlimen akan bawa tiga pegawai...bayangkan berapa ramai di tempat itu dengan kakitangan awam lagi," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER