top of page

Perlanjutan perlepasan cukai SSPN beri kelegaan M40



Perlanjutan perlepasan cukai sehinggga RM8,000 untuk ibu bapa yang menyimpan di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada anak anak amat dialu alukan rakyat.


Tidak ketinggalan KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu.


Menurut KEADILAN Kemaman, perlepasan cukai tersebut akan memberi kelegaan kepada golongan M40 yang banyak menabung untuk pendidikan anak anak mereka.


"KEADILAN Kemaman menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan perlepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional sehingga 2024


"Keputusan ini banyak memberi kelegaan terutama kepada golongan pertengahan (M40) yang terkesan dengan impak inflasi dan juga keadaan ekonomi yang mencabar.

"Dengan lanjutan perlepasan cukai ini, rakyat akan dapat menambah aliran tunai mereka di samping dapat menabung untuk simpanan pendidikan anak-anak," kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman.

Selain itu, KEADILAN Kemaman turut mencadangkan supaya kerajaan menambah baik SSPN supaya menjadi satu instrumen yang lebih progresif agar lebih ramai rakyat dapat menabung untuk membiayai pendidikan untuk anak-anak mereka pada masa hadapan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page