top of page

Perkukuhkan perpaduan demi pertahan PM Anwar



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS BERITA: Meski secara realistiknya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) 16 akan datang, tetapi nampaknya gangguan untuk menggugat kedudukannya sebagai PM tidak pernah berhenti.


Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang diharapkan oleh PN dapat menjatuhkan Anwar terbukti tidak menjadi apabila status quo tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) berjaya dipertahankan.


Didesak Mahiaddin Yassin agar berundur, Anwar segera membidas, "Kami menang tiga negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen juga tidak berubah, perkiraan apa minta saya letak jawatan?


"Lebih baik tumpu kes mahkamah yang sedang dihadapi," nasihat Anwar.


Gangguan terbaru pasca PRN untuk menggugat PM ialah dengan menjadikan prestasi buruk UMNO sebagai sasaran.


Sebab itu, di samping mendesak agar Anwar berundur, Mahiaddin juga melakukan hal yang sama kepada Zahid Hamidi.


Selain puak-puak UMNO yang pro PN turut mendesak Zahid meletak jawatan, yang terbaru, Tun Mahathir Mohamad turut tampil menuntut Zahid melakukan perkara sama.


Tidak lain tujuan desakan itu hanyalah agar UMNO berpecah dan jika Zahid Hamidi lemah semangat, seterusnya meletakkan jawatan kerana tidak tahan tekanan, ketika itulah kepimpinan baru diharapkan akan membuat keputusan meninggalkan Kerajaan Perpaduan.


Setakat UMNO sahaja keluar daripada Kerajaan Perpaduan tidak menyebabkan Anwar jatuh, tetapi jika UMNO telah menarik sokongannya, blok Sabah dan Sarawak juga lebih mudah ditarik untuk berbuat demikian.


Menjatuhkan Anwar, itulah sebenarnya percaturan dan perhitungan PN.


Untuk mendepani apa yang ada di depan mata ini, paling mustahak sekali ialah semua parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan hendaklah sentiasa memperkukuh perpaduan sesama mereka.


Jangan sesekali dilayan dan termakan hasutan pihak lawan yang berniat jahat.


Selagi perpaduan dapat dijaga dengan kejap dan erat, apa pun cubaan untuk meruntuhkan kerajaan, khusus dengan memecah-belahkan UMNO, ia pasti sukar menemui kejayaan.


Lagi pun, apa yang perlu dipegang sebagai keyakinan dalam menyokong dan mempertahan Kerajaan Perpaduan ialah hanya Anwar merupakan pilihan terbaik untuk memimpin negara buat ketika ini.


Setelah Mahiaddin gagal dan Ismail Sabri Yaakob langsung tidak menyerlah sebelum ini, di kalangan Ahli-Ahli Parlimen sedia ada, Anwar sajalah yang memiliki pakej kepimpinan hampir lengkap untuk membina semula negara ini.


Apakah kita mahu pemimpin yang gagal dan langsung tidak menyerlah kembali menerajui negara?


Ataukah kita mahu mereka yang tiada apa-apa kelebihan untuk memikul cabaran memimpin negara ini?


Pokoknya, Anwar baru lapan bulan memegang kuasa dan beliau perlu diberi tempoh sehingga habis penggal untuk kita sama-sama melihat kejayaannya sebagai Perdana Menteri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page