top of page

'Perkukuh kesatuan, terus bergerak ke hadapan' - Saifuddin



Hari raya selain untuk mengeratkan tali siratulrahmi bersama keluarga juga adalah hari untuk menguatkan ikatan dalam masyarakat.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, waktu yang terbaik ini haruslah digunakan bagi mengukuhkan kesatuan masyarakat, organisasi dan negara.


"Saya, Saifuddin Nasution Ismail ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada semua anggota KEADILAN yang menyambutnya.


"Di kesempatan ini, saya, isteri dan keluarga memohon maaf dengan penuh keikhlasan atas segala kekhilafan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan memberi kekuatan kepada kita untuk terus berjuang melakukan reformasi kepada Malaysia.


"Penting kepada kita untuk sentiasa menjaga hubungan silaturrahim, perkukuhkan kesatuan dan terus bergerak maju kehadapan," katanya dalam perutusan Aidilfitri.


Beliau juga mendoakan rakyat yang pulang berhari raya di kampung halaman setelah 2 tahun tidak melakukannya menikmati perjalanan yang baik dan selamat tiba ke destinasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page