top of page

Perkukuh KEADILAN dengan budaya amanah, disiplin tinggi - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Datuk Dr Fuziah (tengah) dalam pemukiman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak
Datuk Dr Fuziah (tengah) dalam pemukiman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak

Oleh: Azuan Ab Rahman


Nilai keadilan dan amanah dalam kepimpinan perlu terus diperkasakan bagi memastikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kekal kukuh, berprinsip, dan diyakini rakyat.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh, menegaskan bahawa pengukuhan parti bukan sekadar strategi politik, sebaliknya bermula dengan asas kepimpinan yang adil, telus, dan berintegriti.


"Nilai keadilan penting supaya semua pihak dapat bergerak dengan tenang, saling menghormati, dan bekerja dalam suasana harmoni.


"Begitu juga sifat amanah yang menjadi asas kepercayaan dan kebersamaan dalam organisasi," katanya dalam perkongsian di Facebook, susulan pemukiman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak baru-baru ini.


Menerusi hantaran sama, Dr Fuziah turut menegaskan, pengurusan organisasi parti menuntut ketelusan, disiplin, dan tanggungjawab tinggi agar setiap gerak kerja dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.


Tambahnya, budaya kerja yang kemas, berdisiplin dan tersusun akan membantu cabang serta pimpinan di semua peringkat bergerak dengan lebih berkesan dan diyakini.


"Untuk memastikan KEADILAN terus kuat dan relevan, kita perlu membina budaya kerja berprinsip, berdisiplin, dan saling mempercayai, bermula dari akar umbi hingga ke hadapan," tegasnya.


Pemukiman ini mengumpulkan anggota pimpinan negeri dan Ketua-Ketua Cabang, termasuk sayap parti Wanita serta Angkatan Muda Keadilan, bagi menetapkan strategi memperkukuh persiapan pilihan raya.


Turut hadir ialah Pengerusi MPN Perak, Amir Sabri, dan Timbalan Pengerusi, Tan Kar Hing. Hing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page