top of page

Perkukuh Jati Diri Belia Fokus Bajet N. Sembilan 2023



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Datuk Seri Aminuddin Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan mengambil langkah yang bijak dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 apabila lebih menumpukan isu pembinaan jati diri dan keperluan dalam konteks pembangunan belia.


Belanjawan Negeri Sembilan yang terhad (hampir separuh daripada Belanjawan Selangor 2023) difokuskan untuk membangunkan belia berdasarkan pepatah “Kalau keruh air di hulu, sampai ke muara keruh jua. Kalau kurik induknya, rintiklah anaknya”


Fokus terhadap jati diri belia dapat dilihat apabila Kuala Pilah, Paroi dan Port Dickson mendapat peruntukan khas bagi membangunkan fasiliti pejabat, kompleks dan pusat dakwah Islam. Inisiatif ini dilihat penting pasca pendemik Covid-19 yang menyaksikan kes bunuh diri akibat tekanan kehidupan meningkat sehingga melibatkan masyarakat Melayu-Muslim. Melalui fasiliti yang dibangunkan maka diharapkan program bermanfaat bagi mengisi kekosongan dalam diri belia dapat laksanakan pada tahun 2023.


Kenal adat ikut platform baharu


Berpandukan kepada kiasan “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah” maka kerajaan Negeri Sembilan tidak melupakan pembentukan jatidiri belia melalui penerapan adat. Zaman moden memerlukan pengenalan adat kepada golongan belia dilakukan menggunakan platform pesta.


Justeru kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan satu acara khas pada skala besar iaitu Perpatih Fest pada tahun 2023. Inisiatif ini merupakan tayangan adat Negeri Sembilan yang akan mempromosi keunikan sistem adat perpatih kepada pihak luar khususnya dalam kalangan golongan belia. Menjadi harapan supaya pesta tersebut menjadi pintu awal untuk membuka minat golongan belia untuk terus meneroka khazanah adat di Negeri Sembilan.


Kejayaan Pesta Bola Ngoca pada tahun 2021 adalah satu keputusan yang tepat apabila penganjuran sukan rakyat dan pertandingan bola sepak sawah mula dipromosikan oleh kerajaan Negeri Sembilan. Penganjuran pesta ini dilihat dapat menjadi platform serampang dua mata jika ia berjaya dilaksanakan secara berterusan, ia bukan sahaja mampu memperkenalkan sukan rakyat kepada golongan belia malah ia juga mampu meningkatkan tahap keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Negeri Sembilan.


Fokus perumahan, pekerjaan belia


Selian fokus terhadap jatidiri, fokus terhadap keperluan golongan belia juga tidak dilupakan. Laporan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati bahawa 84% belia masih belum mampu memperolehi kediaman sendiri dan dibebankan lagi dengan kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi pasca pendemik Covid-19. Kadar pengangguran di Negeri Sembilan pada tahun 2022 berada pada tahap yang terkawal iaitu 3.3% (berbanding peringkat kebangsaan yang merekodkan 4.6%).


Usaha terus dipertingkatkan bagi menangani masalah pengangguran dengan memperkenalkan geran Tabung Belia Harapan (TABAH) dan perlindungan takaful Food Rider, melalui inisiatif tersebut diharap golongan belia yang sedang mencari dan kehilangan kerja dapat memanfaatkan sektor ekonomi gig bagi menampung kehidupan.


Keperluan golongan belia di Negeri Sembilan juga melibatkan isu perumahan, usaha di peringkat Persekutuan untuk menampung keperluan perumahan tidak akan mencukupi tanpa usaha seiring oleh kerajaan Negeri Sembilan. Justeru Program Rumah Harapan Rakyat dengan peruntukan RM 10 juta telah direkodkan di dalam Belanjawan 2023, malah kerjasama bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah dilakukan untuk menggunakan duit zakat bagi membina Rumah Harapan Rakyat untuk golongan asnaf. Rumah yang disediakan bukan sahaja dengan harga mampu milik, malah ia diberikan percuma kepada golongan asnaf (yang turut melibatkan golongan belia).


Jaga kebajikan masyarakat Felda


Keperluan perumahan kepada generasi kedua dan ketiga Felda turut disertakan di dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 apabila tanah-tanah yang dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi untuk diberikan kepada generasi kedua dan ketiga Felda yang layak bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk memiliki kediaman sendiri dalam gugusan Felda sedia ada.


Secara kesimpulannya Datuk Seri Aminuddin Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan telah memanfaatkan peruntukan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang terhad secara berhemah dan bijaksana. Bukan sahaja keperluan golongan belia dibangunkan, malah jatidiri golongan belia yang bakal memimpin pemerintahan Negeri Sembilan pada masa hadapan tidak ditinggalkan. Diharap belanjawan tersebut dapat menyempurnakan keperluan zahir dan batin golongan belia di Negeri Sembilan.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Exco Majlis Belia Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page