top of page

Perkidmatan helikopter ambulan EMARS bermula 1 Mei depan



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulans pertama negara.


Pelancaran inisiatif baharu dikenali sebagai Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS) itu disempurnakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin semalam dengan disaksikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Kor Ming ketika ditemui media pada majlis itu berkata, perkhidmatan khas itu merupakan usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan semua lapisan masyarakat, terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung Orang Asli yang sukar diakses dengan laluan darat.


Selain memastikan ketersampaian perkhidmatan kepada akar umbi, usaha mewujudkan EMARS itu jelasnya dijangka akan menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.


"Ketika ini Kementerian Kesihatan terpaksa mengupah khidmat pakar swasta termasuk flying doctors di kawasan-kawasan pedalaman.


"Setiap tahun anggaran perbelanjaannya adalah lebih kurang RM20 juta. Tapi sekarang dengan khidmat yang ditawarkan oleh pasukan bomba ini, kita cuma belanja RM5 juta sahaja setahun," katanya kepada pemberita.


Perkhidamatan EMARS menggunakan aset sedia ada JBPM iaitu helikopter jenis Agusta Agusta A109E Power yang diubah suai untuk dilengkapi peralatan perubatan kecemasan dan boleh memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.


Ia akan mula dioperasikan pada 1 Mei ini dengan libat urus bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA).


Selain memindahkan pesakit di kawasan pendalaman, ia turut berfungsi untuk membantu mempercepat operasi kecemasan seperti pemindahan mangsa kemalangan jalan raya dan pemindahan organ.


Buat masa ini hanya satu sahaja helikopter EMARS akan digerakkan ke seluruh Semenanjung dan perkembangan jumlah dan kawasan liputannya di masa akan datang bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page