Perkhidmatan walk-in Klinik Kesihatan masih diteruskan - KKM
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit ‘walk-in’ iaitu mereka yang hadir tanpa janji temu.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, KKM menegaskan dakwaan tidak benar yang tular itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
"Memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.
"Walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi," kata kenyataan itu.
KKM turut menegaskan pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.
Manakala, pesakit tanpa janji temu perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu sebelum menerima rawatan.









Comments