top of page

Perkhidmatan van transit Selangor diperluas



Kerajaan Negeri Selangor memperluas perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) ke lebih banyak kawasan mulai bulan ini.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu susulan permintaan tinggi dari penduduk di negeri itu.


Tambahnya, Ampang, Bandar Utama dan USJ bakal menjadi zon baharu yang akan menerima perkhidmatan itu sekali gus meningkatkan rangkaian perkhidmatan van itu yang telah pun beroperasi di Puchong, Gombak dan Selayang.


"Fasa seterusnya akan diteruskan pada tahun hadapan di empat zon iaitu di Shah Alam, Klang, Hulu Kelang dan Universiti Putra Malaysia (UPM).


"Perkhidmatan ini memberi tumpuan di kawasan padat dan laluan sempit yang tidak boleh dilalui Bas Smart Selangor," jelasnya pada majlis penutup program Selangor E-Commerce Xccelerator 2023 (ECX23) kohort pertama di Menara PNS pada Rabu.


Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam di bawah program Selangor Mobiliti.


Sebanyak RM22 juta diberi kepada 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor manakala RM3 juta lagi bagi pelaksanaan Selangor Mobiliti Fasa Pertama yang merangkumi perkhidmatan van DRT.


Perkhidmatan van DRT akan melengkapkan ekosistem pengangkutan awam negeri dan berfungsi berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar, bukan seperti bas henti-henti.


Sementara itu Sze Han memaklumkan, orang ramai boleh muat turun aplikasi untuk mendapatkan perkhidmatan van DRT.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page