Perkhidmatan 5G: Apakah intipati perjanjian antara DNB dan 4 syarikat telekomunikasi?



Perkhidmatan internet 5G yang masih belum dimuktamadkan antara pengendali tunggal Digital Nasional Berhad (DNB) dan 4 syarikat telekomunikasi (telco) tempatan yang bertindak sebagai operator terus menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia.


Berbanding negara jiran Singapura yang telah mengoperasikan perkhidmatan 5G, Malaysia masih bergelut untuk menentukan syarikat mana yang akan membekalkan perkhidmatan tersebut kepada pengguna.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin kelewatan penyediaan 5G di negara ini harus disalahkan sepenuhnya ke atas Kerajaan BN - PN yang mempunyai model perniagaan berbeza daripada negara lain.


Katanya Kerajaan BN - PN menggunakan model Single Wholesale Network (SWN), iaitu syarikat berkaitan kerajaan menjadi pengendali tunggal spektrum 5G dan menjual lesen kepada telco.


Di kebanyakan negara, ujar Manivanan, kerajaan melelong sahaja hak operasi kepada telco dan urusan menjadi lebih mudah.


"DNB menggunakan konsep Multi-Operator Core Network (MOCN) teknologi 5G.


"Ini bermaksud DNB adalah kontraktor tunggal yang memonopoli projek ini, manakala syarikat - syarikat telekomunikasi hanya sebagai pemborong yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna akhir


"Di negara lain hak membangunkan spektrum 5G dilelong kepada telco sekaligus mewujudkan persaingan sihat (dari segi harga dan kecekapan perkhidmatan) serta menjana pendapatan kepada kerajaan," katanya.


Kebijakan Kerajaan BN - PN untuk berniaga perkhidmatan 5G itu, kata Manivanan menyebabkan negara terpaksa berbelanja besar untuk memodalkan penubuhan DNB.


Malah katanya, kecekapan dan kemampuan DNB sebagai kontraktor tunggal 5G belum lagi teruji sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kecekapan perkhidmatan dan kebolehan menjana keuntungan.


"Dalam hal ini apakah model harga dan pelan akses rangkaian yang dipersetujui antara DNB dan 4 telco yang dinyatakan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan 5G itu?


"Berapakah pula pegangan ekuiti antara DNB dan 4 telco? Siapakah pemegang ekuiti majoriti dalam projek 5G ini?" tanya Manivanan.


Tegas beliau, kerajaan perlu menjelaskan setakat mana peranan, pengaruh dan kawalan pelaburan 4 telco berkenaan terhadap projek 5G. Juga apakah DNB akan mengenakan caj kepada 4 telco itu untuk akses 5G atau memperuntukkan spektrum?


Rakyat juga, katanya, perlu tahu apakah kandungan surat Tawaran Akses Rujukan (RAO) DNB yang seharusnya telah menetapkan harga, komitmen perkhidmatan dan butiran butiran lain bagi model borong 5G tersebut.


Tambah mantan Ahli Parlimen Kapar itu, perbincangan dan perjanjian di antara DNB dan syarikat syarikat telekomunikasi sebelum ini telah tertunda beberapa kali, dari Mei ke Jun, ke Julai dan kini September atas sebab sebab yang hanya diketahui oleh mereka yang terlibat.


Penjelasan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bahawa perbincangan telah sempurna dan perjanjian rangkaian 5G akan ditandatangani sebelum 30 September ini mungkin memberi sedikit kelegaan.


Namun, kata Manivanan, disebabkan terdapat pendekatan dan mekanisme yang belum teruji dan terbukti yang digunapakai oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan dan DNB maka rakyat Malaysia sebagai pengguna terakhir berhak mengetahui intipati dan butiran perjanjian antara DNB dan 4 telco tersebut secara terbuka dan telus.


"Saya menuntut jawapan kepada soalan saya


"Saya menggesa kerajaan Malaysia telus mengenai intipati dan butiran perjanjian sebelum proses tandatangan antara DNB dan 4 syarikat telekomunikasi dimeterai," kata Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat KEADILAN itu lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER