Perkhidmatan rangkaian gelombang 5G bagi data internet berkelajuan tinggi tidak seharusnya digunakan sebagai janji Pilihan Raya Umum ke 15 oleh seorang menteri.
Hal itu ditimbulkan oleh penyandang kerusi parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang menegur Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berjanji akan mengutamakan negeri Kelantan dalam pembinaan rangkaian 5G.
"Dia akan beri keutamaan untuk Kelantan dapat 5G terlebih dahulu. Dulu masa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dia kata Melaka negeri keutamaan untuk dapat 5G
"Masa di (PRN) Sarawak dia kata Sarawak negeri terawal untuk dapat perlaksanaan 5G. Semua ini bila tiba musim (pilihan raya) dia macam tu," ujar Syed Ibrahim dalam satu siaran TikTok.
Mantan Penolong Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad itu kemudian mendedahkan data mengenai peratus pelaksanaan rangkaian 5G bagi liputan seluruh negara yang menunjukkan pemasangan menara telekomunikasi capaian 5G di negeri negeri yang dijanjikan Annuar masih jauh daripada mencukupi untuk menyokong perkhidmatan berkenaan.
"Kalau kita tengok Kelantan tapak menara dia baru dua daripada 2,400 seluruh negara. Kalau tengok Melaka baru 38, Sarawak baru 61. Mana keutamaannya?
"Kalau betul apa Annuar Musa kata nak beri keutamaan, saya minta Annuar datang Ledang, beri keutamaan 5G untuk Ledang pulak, boleh tak?" tanyanya sinis.
Comments