top of page

Perketatkan SOP, bukan terus tutup bazar Ramadan


ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain menggesa kerajaan supaya memperkasakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, bukan sekadar menutup bazar Ramadan tanpa memikirkan masalah yang akan dihadapi peniaga.


Beliau selaku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan menyifatkan arahan penutupan bazar Ramadan mulai 1 Mei yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjejaskan sumber pendapatan para peniaga.


Malah, arahan penutupan itu melibatkan 22 lokasi di sekitar negeri Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Saya ingin mencadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membenarkan pembukaan bazar Ramadan dengan memperketatkan SOP dan bekerjasama dengan penganjur bazar Ramadan bagi membantu peniaga dan penjaja mematuhi SOP yang diperketatkan atau SOP yang diperlukan.


"Kita mengakui usaha-usaha untuk menyekat penularan wabak Covid-19 diperlukan oleh kerana kes-kes positif semakin meningkat naik.


"Bagaimanapun, perlu dipertimbangkan juga nasib peniaga, penjaja dan peruncit di mana mereka perlu dibenarkan berniaga memandangkan ini merupakan punca pendapatan utama sebahagian besar mereka," katanya.


Justeru, beliau berharap pihak berwajib dapat mempertimbangkan dan mengambil kira kesan yang dihadapi oleh golongan peniaga.


"Perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah dua kali dilaksanakan dan punca pendapatan golongan peniaga, penjaja dan peruncit terjejas teruk akibat PKP/Covid-19.


"Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan PBT hanya perlu membantu memberi kerjasama supaya penganjur hanya perlu memperketat SOP dan bukan menutup bazar Ramadan ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page