top of page

Perkenalkan dua jenis harga minyak masak, subsidi dan harga siling


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan kepada kerajaan beberapa perkara bagi mengawal kenaikan harga minyak masak di negara ini.


Beliau selaku bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kenaikan harga berlaku ketika ini kerana harga minyak sawit mentah meningkat.


"Bahan utama pembuatan minyak masak ialah RBD Olein terhasil dari penapisan minyak sawit mentah. Maka harga RBD Olein itu sendiri akan meningkat. Ini menyumbang kepada kenaikan harga minyak masak di pasaran.


"Malaysia adalah antara negara pengeksport minyak sawit mentah dunia yang terbesar.


"Kita mengeksport 27 juta tan minyak sawit. Hanya 1 juta tan minyak sawit mentah digunakan untuk kegunaan tempatan khususnya tujuan minyak masak. Daripada 1 juta tan ini minyak masak bersubsidi mewakili 0.7 juta tan, bakinya 0.3 juta tan ialah minyak masak tanpa subsidi.


"Minyak masak bersubsidi mudah dikenali di pasaran iaitu bungkusan plastic 1kg dengan harga tetap RM2.50. Kerajaan membiayai kos subsidi sebesar RM400juta setahun. Minyak masak dalam botol 1kg atau 5kg atau selain bungkusan plastic 1kg adalah minyak masak tanpa subsidi.


"Minyak masak inilah yang menyaksikan peningkatan harga luar biasa sekarang yang menimbulkan gelisah dan kemarahan rakyat," katanya.


Justeru, beliau kurang setuju dengan kenyataan Menteri Khairuddin Aman Razali bahawa kenaikan harga minyak masak munasabah.


"Kenaikan lebih 100% berbanding harga Disember 2019 dahulu adalah tidak munsabah. Suatu tindakan segera oleh kerajaan harus dilakukan.


"Saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil. Pertama kerajaan wajar memperkenalkan harga dua-peringkat (two tiered pricing) untuk harga minyak sawit mentah.


"Untuk tujuan eksport harga minyak sawit dijual mengikut harga pasaran. Untuk tujuan domestic membuat minyak masak kerajaan boleh memperkenalkan harga yang lebih rendah.


"Dengan cara ini harga minyak masak tempatan akan menjadi lebih murah berbanding sekarang. Bukan sahaja harga minyak masak tanpa subsidi murah bahkan subsidi yang ditanggung kerajaan akan berkurangan.


"Cadangan ini saya kira munasabah memandangkan hanya 1 juta tan minyak sawit mentah digunakan untuk tujuan ini, berbanding lebih 20 juta untuk tujuan eksport yang memberikan pendapatan lumayan kepada industry ini mencecah RM70 bilion," katanya.


Beliau juga mencadangkan kerajaan membiaya subsidi untuk semua bekalan minyak masak dalam negara.


"JIka ini tidak boleh dijadikan dasar tetap dek kekangan biaya, kerajaan boleh laksanakan sebagai “one off”. Langkah ini dengan serta merta akan menurunkan harga minyak masak pada tahap yang tidak membebankan rakyat selaku pengguna.


"Cadangan ketiga saya ialah kerajaan boleh menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dengan memperkenalkan harga siling bertujuan menghalang kenaikan berterusan harga minyak masak di pasaran hari ini. Hal ini akan segera memberi kelegaan kepada rakyat.


"Sekali lagi saya menggesa kerajaan untuk segera bertindak bagi membuat keputusan yang betul menangani kenaikan harga minyak masak yang sudah sampai pada tahap yang sangat membebankan rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page