Perkenal garis kemiskinan baharu pasca Covid-19


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyeru kerajaan supaya memperkenalkan garis kemiskinan baharu pasca pandemik Covid-19.


Beliau berkata, perkara itu perlu diubah kerana hampir 100,000 kehilangan pekerjaan sekaligus menyebabkan lebih ramai jatuh miskin.


Takkan pendapatan garis kemiskinan guna pakai yangdulu, ini tak realistik dan tidak berlaku adil pada rakyat.


"Perlu kenal pasti apa bentuk kemiskinan selepas Covid-19 melanda, ada yang dalam kedudukan untuk beri makanan pun tidak cukup dan memerlukan dukungan.


"Jadi adalah wajar perkenal garis kemiskinan bagi mencerminkan keadaan semasa dalam mengupaya kehidupan rakyat selepas Covid-19.


"Dalam soal bantuan rakyat, sebenarnya kebanyakan skim kerajaan adalah duit rakyat kerana guna caruman dan simpanan rakyat. Subsidi selamatkan ekonomi adalah subsidi rakyat.


"Jadi harus ada perencanaan dan program lebih realistik kalau tak, tidak mampu capai sasaran," katanya di Parlimen.


Ketika membentangkan isu doktor kontrak, Nurul Izzah meminta KKM memberikan perancangan jelas dalam usaha mereformasikan sistem kesihatan.


"Ini kena buat serta-merta, kerajaan perlu prihatin dan jangan ambil tindakan kepada doktor yang menyertai protes, bukan nak kata saya sokong tetapi masa ini nak tunjuk keprihatinan dan settle it nicely.


"KKM tidak perlu ambil negatif nak selesaikan krisis dan kemelut pandemik, yang kena buat kayu ukur adalah pelaksanaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER