Tewasnya kebanyakan calon KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan melemahkan semangat perjuangan sebaliknya para anggota perlu lebih memperkemaskan diri dan organisasi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang boleh diisytiharkan pada bila bila masa.
Bagi Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail, kekalahan dalam PRN seharusnya memberi pengajaran untuk memperkemas strategi menarik lebih banyak sokongan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan
"Saya yakin semua telah berusaha sepanjang tempoh kempen .
"Tetapi banyak juga pengajaran yang perlu diambil untuk menjadi iktibar di masa masa hadapan.
"Pilihan raya mengajar kita peri pentingnya aspek pengurusan yg betul dalam menguruskan pilihan raya.
"Malah lebih penting, menarik sokongan dari pengundi, perlu usaha yang dedikasi dan komited sepanjang masa," katanya.
Menurut Rodziah lagi, persediaan menghadapi PRU 15 harus dilakukan dengan strategi yang lebih mantap dan mendepani isu isu semasa terutama dalam kalangan anak muda.
"Ayuh kita perkemaskan saf organisasi kita di peringkat ranting dan cabang bagi bersiap sedia menghadapi PRU15 yg tidak lama lagi.
"Syabas Napsiah, Zulinah dan Haryati… anda menyahut cabaran membuktikan wanita wajar terlibat dalam politik.
"Teruskan menjadi YB (Yang Berkhidmat) kepada masyarakat," katanya lagi.
Comments