top of page

Perkataan kesat di himpunan anti rasuah: Sekpur lapor polis Hishamuddin Rais

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 2 min read

Pemimpin Sekpur membuat laporan polis ke atas Hishamuddin Rais kerana mengeluarkan perkataan kesat
Pemimpin Sekpur membuat laporan polis ke atas Hishamuddin Rais kerana mengeluarkan perkataan kesat

Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis politik, Hishamuddin Rais yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sopan ketika menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 yang berlangsung di ibu negara pada 28 Jun lalu.


Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria mendakwa, ketika perhimpunan itu berlangsung, Hishamuddin membuat satu ucapan dan mengeluarkan perkataan berunsur provokasi dan menghina.

Mejar (B) Razali Zakaria
Mejar (B) Razali Zakaria

"Saya pun tak nak sebut di sini.. kita tak kisah sebenarnya, nak buat himpunan 10 juta orang pun tak kisah.. Tetapi kalau dah melanggar Akta Perhimpunan Aman dengan memaki hamun, memfitnah dan juga ada beberapa orang melawan atau menghalang penjawat awam termasuk mahasiswa ini, nampaknya makin lama makin tidak terkawal.


"Nak berhimpun, berhimpun lah. Tetapi jangan keluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Jadi itu perkara yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.


"Kami di pihak Sekpur telah membuat laporan polis dan harap polis ambil tindakan," katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel, di ibu negara hari ini yang turut dihadiri Naib Pengerusinya, Shahbudin Embon.

Shahbudin Embon
Shahbudin Embon

Shahbudin dalam sidang media sama pula menyifatkan, perkataan yang digunakan oleh Hishamuddin adalah ayat Inggeris yang menjatuhkan maruah dan memberi kesan yang amat buruk kepada masyarakat.


"Saya percaya bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dan saya difahamkan bahawa pihak PDRM Bukit Aman ada menghubungi kami dan akan memanggil Hishamuddin," katanya.


Dalam himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 hujung Sabtu lalu Hishamudin telah mengeluarkan perkataan berunsur cacian ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perkataan tersebut diulang ulang dan diteriakkan bersama anak anak muda yang menggelar diri mahasiswa penuntut ilmu dan tidak sewajarnya memaki di khalayak ramai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang turut dikunjungi pelancong asing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page