Perkataan 'dehaka', 'biadap': Raja tidak boleh diturunkan tanpa sebab - warganet


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta istilah ‘biadab’ atau ‘derhaka’ tidak dilabel terhadap Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan dipersoalkan susulan dakwaan bahawa tindakan mereka sebelum ini bertentangan dengan kedudukan serta kuasa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pengamat politik di media sosial, Fairul al Qasas berkata, pendirian Ahmad Zahid itu menimbulkan persoalan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini secara terbuka menyifatkan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco sebagai ‘biadab’ dan ‘tidak bertamadun’.
"PMX (Anwar) juga sifatkan yang jika Raja boleh diturunkan dengan mudah, maka sistem Raja akan rosak.
"Namun Ahmad Zahid pula berkata, jangan label biadab, derhaka sebelum fahami perlembagaan. Antara PMX dan Ahmad Zahid, siapa yang betul?
"MB Ismail turunkan tandatangan ke atas proklamasi yang cacat, itu biadab. Adakah benar MB Ismail hanya menjalankan tugas atas keputusan Datuk Undang? Tidak benar.
"... (mantan) MB, Datuk Seri Aminuddin tidak menurunkan tandatangan ke atas proklamasi yang cacat kerana tidak memenuhi syarat Perkara 10 UUTKNS dan terbatal kerana turut ditandatangani oleh mantan Datuk Undang yang dipecat," katanya dalam muat naik di media sosial.
Tambah Fairus lagi, semua itu terbukti apabila Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa barisan Exco tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz.
Katanya, tindakan barisan Exco menerima proklamasi yang didakwa cacat itu dan mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mengambil tindakan terhadap Tuanku Muhriz merupakan perbuatan yang 'derhaka’ terhadap institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
"Jadi Ahmad Zahid nak kata Tuanku Muhriz yang murka dengan Exco BN-PN sebagai tidak faham Perlembagaan?
"Baginda bukan sahaja Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan, malah Baginda adalah ketua adat negeri dan juga berkelulusan undang-undang. Jadi siapa yang tak faham perlembagaan?," soalnya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilapor menegur pihak tertentu agar tidak mudah melabel sesuatu tindakan sebagai 'derhaka' atau 'biadab' sebelum memahami kedudukan institusi, Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (UUTKN).
Katanya, setiap pertikaian membabitkan institusi kesultanan dan pentadbiran negeri perlu dinilai berdasarkan kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi terlebih dahulu.




Comments