top of page

Perkasakan penguatkuasaan sempadan Malaysia-Thailand


Kerajaan digesa memperbaiki dan mengukuhkan pihak dan agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam menjaga sempadan dan perairan negara.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil berkata insiden tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan segerombolan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan dengan pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis telah menggemparkan bukan sahaja negeri Perlis bahkan seluruh negara.


"Isu penyeludupan rentas sempadan bukan satu perkara baru bagi kita di mana kegiatan penyeludupan rentas sempadan ketika ini begitu mudah lolos dengan menggunakan lorong-lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Padang Besar sebagai lokasi transaksi penyeludupan.


"Pada pertengahan tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Datuk Seri

Ismail Bakar dilaporkan pernah berkata bahawa negara mengalami kerugian antara RM3 bilion hingga RM5 bilion setahun akibat kebocoran hasil yang berlaku di pintu masuk negara.


"Terdapat keperluan bagi pemerkasaan penguatkuasaan agensi-agensi yang terlibat dalam menjaga sempadan negara," katanya dalam kenyataan.


Mengulas lanjut, Asrul berkata kerajaan perlu menambah baik strategi kawalan di sempadan bagi memastikan kes ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.


"Adalah menjadi cabaran besar dihadapi PDRM serta agensi berkaitan yang lain apabila pintu sempadan negara tidak begitu terkawal. Sempadan negara agak luas dan panjang di mana dianggarkan sempadan darat antara Perlis dan Thailand sahaja adalah sepanjang lebih daripada 100 KM. Kini sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dikawal oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 3.


"Kerajaan perlu segera mengambil langkah-langkah pencegahan dan penambahbaikan supaya insiden yang sama dapat dielakkan dari berulang lagi, antara lain pihak kerajaan pusat digesa agar menambah baik tembok sempadan negara yang begitu daif keadaannya dan perolehan baharu aset bagi mengawal negara berbanding dengan peralatan yang digunakan oleh pihak keselamatan ketika ini.


"Difahamkan bahawa CCTV di kawasan persekitaran sempadan Malaysia-Thailand tidak berfungsi, justeru terdapat keperluan segera untuk penyelenggaraan CCTV berkenaan.


"Peruntukan bagi menaiktaraf laluan keselamatan atau tembok sediada perlulah diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan pusat kerana tiada sebarang naik taraf terhadap fasiliti sedia ada dan beban pengawalannya hanya disandarkan kepada penugasan kepada pihak keselamatan sahaja.


Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan insentif bagi menangani pencerobohan di sempadan tanah air.


"Harap pihak yang dapat menangani kes-kes penyeludupan ini diberi imbuhan berupa insentif daripada kerajaan atas maklumat yang diberikan (awam) atau tindakan penguatkuasaan (agensi) sehingga mampu menggagalkan sesuatu aktiviti penyeludupan yang akhirnya menyelamatkan negara dari kerugian akibat kes tersebut.


"Penglibatan masyarakat tempatan juga tidak kurang penting dalam menangani kes-kes penyeludupan dan mereka diharap agar dapat segera melaporkan sebarang maklumat yang mereka perolehi berkaitan dengan kes tersebut kepada pihak keselamatan.


"Sekalung tahniah di atas komitmen dan ketegasan pasukan PGA dari Batalion 3 yang menjalankan amanah menjaga sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang telah menabur bakti hingga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air," katanya.


Asrul juga tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang telah terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, cedera parah dan kini difahamkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang.


"Titipan takziah juga buat seluruh keluarga besar pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sesungguhnya pemergian Mendiang Sarjan Baharuddin yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara merupakan suatu kehilangan besar kepada negara dan pasukan PDRM.


"Menjunjung Kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah untuk menganugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) kepada kedua-dua orang wira barisan hadapan negara ini.


"Di samping turut meraikan keputusan kerajaan berhubung dengan pengumuman kenaikan pangkat mereka kepada Sarjan, adalah diharapkan juga agar aspek kebajikan keluarga mereka yang sedang berduka ketika ini tidak sesekali diabaikan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page