top of page

Perkasa peladang, 'merdeka' dari pengimportan makanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar (gambar), menegaskan bahawa kemerdekaan negara tidak akan lengkap selagi Malaysia masih bergantung kepada makanan import.


Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, beliau menekankan bahawa wajah sebenar kemerdekaan juga terpancar melalui peladang, pesawah, nelayan dan pekebun kecil yang menjadi benteng hadapan menjamin bekalan makanan rakyat.


"Ingatlah, kemerdekaan sebenar tidak lengkap tanpa kemerdekaan makanan. Negara yang tidak mampu menyediakan makanan untuk rakyatnya sendiri, masih belum benar-benar bebas dan merdeka," katanya.


Mahfuz menyanjung jasa golongan peladang yang disifatkan sebagai “wira senyap” di sebalik kestabilan negara.


"Peladang kita adalah benteng hadapan yang memastikan Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada import. Keringat anda semua adalah kekuatan tersembunyi di balik kestabilan negara. Tanpa hasil pertanian, tanpa bekalan makanan, negara ini akan goyah, anda adalah wira senyap," katanya lagi.


Beliau turut menegaskan komitmen LPP sebagai institusi yang menyatukan lebih sejuta peladang di seluruh negara, melalui bimbingan, latihan, kemahiran serta penggunaan teknologi moden agar mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran iklim, pasaran global dan era digital.


"Peladang hari ini bukan lagi petani tradisional semata-mata. Mereka adalah usahawan tani, inovator, dan penjaga masa depan negara," jelasnya.


Dalam pada itu, Mahfuz menyeru generasi muda untuk mengubah persepsi terhadap pertanian yang kini dilihat sebagai industri bernilai tinggi berasaskan teknologi moden seperti dron, automasi, sistem fertigasi, kecerdasan buatan (AI) dan e-dagang.


"Pertanian hari ini adalah industri bernilai tinggi, berasaskan teknologi, dan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Pertanian adalah kekayaan baru untuk Malaysia," ujarnya.


Menurutnya, sektor pertanian juga berperanan sebagai jambatan perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau bahasa kerana yang dituntut hanyalah usaha, kesabaran dan kerjasama.


"Inilah roh sebenar Malaysia bersatu dalam usaha, berkongsi rezeki, dan menikmati hasil bumi yang sama," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page