top of page

Perkasa budaya membaca kanak-kanak, terbit buku khusus - Fadhlina

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Jun 5
1 min read
Lebih banyak buku khusus untuk kanak kanak perlu diterbitkan. Foto: FB Fadhlina
Lebih banyak buku khusus untuk kanak kanak perlu diterbitkan. Foto: FB Fadhlina

Komitmen Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memperkasakan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak terbukti menerusi penerbitan buku baharu bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.


Menerusi hantaran Facebook, Fadhlina berkata beliau berhasrat untuk memastikan setiap penyertaannya di PBAKL pada masa akan datang disertai dengan penerbitan buku khusus untuk golongan kanak-kanak.


"Alhamdulillah, kali ini bergandingan dengan Emilia Yusof, kami ada buku baharu untuk dikongsikan.


"Saya yang cerewet memilih buku kanak-kanak. Maka, kami fikir bagaimana jika kita sendiri yang mengeluarkannya?


"Kolaborasi pasukan saya dan pasukan Emilia menjadikan buku ini sangat istimewa. Kami berdua sangat percaya bahawa segmen kanak-kanak sangat penting dalam memupuk budaya membaca," katanya.


Menurut Fadhlina, buku terbaharu yang diterbitkan tahun ini antaranya bertajuk 'Harimau Berani Bicara', 'Penyu Yang Hebat', 'Kongsi Dengan Kawan', 'Orang Utan dan Warna', 'Mana Gajah?' dan 'Peluang Kedua'.


Menerusi hantaran sama, Fadhlina berkata buku kanak-kanak bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya cerminan penting bangsa yang kaya dengan nilai, kasih sayang dan empati.


"Pada saat kita berhadapan dengan kebanjiran idola tetapi kemarau teladan, pastinya suri teladan daripada kisah kanak-kanak sangat signifikan untuk dimartabatkan," katanya lagi.

6 Comments


starlias123
Sep 11

Two-tone cabinetry can add visual interest to Toronto kitchen renovation without requiring complicated decorative details.

Like

Afelia Clark
Afelia Clark
Jul 30

AC died during a heatwave, and https://productairheating.com/seattle/ had someone out the same day for a free estimate. They diagnosed the actual issue — a refrigerant problem, not a full breakdown — and gave a flat price upfront with no pressure toward replacement. Clean work, clear explanations, no upselling. Solid proof their "no gimmicks" claim actually holds up.

Like

Wind Flash
Wind Flash
Jun 29

Inisiatif yang bagus, sebab memang susah nak cari buku kanak-kanak tempatan yang berkualiti dan ada pengajaran moral yang santai. Harapnya buku-buku macam 'Harimau Berani Bicara' ni senang didapati di sekolah atau perpustakaan awam supaya semua anak-anak boleh baca.​ Texas oil

Like

Mart232
Jun 24

Toronto SEO Company keeps showing up in conversations about websites and business growth.

Like

Wind Flash
Wind Flash
Jun 24

Bagus usaha YB Fadhlina dan Emilia Yusof. Memang betul, kita perlukan lebih banyak buku kanak-kanak tempatan yang berkualiti untuk pupuk minat membaca dari kecil. Tajuk-tajuk macam 'Harimau Berani Bicara' tu nampak menarik untuk anak-anak. mariano reyes

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page