top of page

Perkara 10 3a diperhalusi, pastikan pindaan Perlembagaan Akta Anti Lompat Parti terjamin



Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (3)(a) yang dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini tidak akan melalui sesi pengundian.


Sebaliknya, 60 Ahli Parlimen akan membahaskannya untuk diundi pada sesi sidang khas Parlimen yang berikutnya sebagaimana dipersetujui oleh pihak Pakatan Harapan dan Kerajaan dalam pertemuan singkat sebelum sesi Dewan Rakyat bermula.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kesediaan pihak Kerajaan memperhalusi pindaan Perlembagaan supaya ianya terhad kepada Rang Undang Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti (ALP) dan bukannya perkara lain.


"Kita mengusulkan kepada Menteri kebimbangan kita bila diusulkan pindaan 10 (3)(a) yang menghormati prinsip asas Perlembagaan negara yang bebas dan demokratik, memberi pengiktirafan hak bersuara, hak berpersatuan, dan oleh demikian kita telah mengusulkan bersama, dan ini akan diperinci oleh Jawatankuasa Khas 10 (3)(a) itu, memberian pengertian khusus kepada maksud kita pinda Perlembagaan ini.


"Seperti biasa, bila kita beri ruang seperti perbahasan di Lok Saba (Parlimen) India maka ada pindaan Perlembagaan luas, kemungkinan kerajaan yang ada majoriti kecil menggunakan pindaan itu untuk buat pindaan lain yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan.


"Oleh itu kita minta perkara 3(a) ini diperkemaskan dan terima kasih kerana dipersetujui prinsipnya oleh PM supaya pindaan 10 (3)(a) itu dikhususkan kepada soal perpindahan (lompat) parti (sahaja)," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat pagi ini.


Selain itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu juga membangkitkan mengenai pindaan Perlembagaan Perkara 48 (6) yang menghilangkan kelayakan seseorang wakil rakyat yang berhenti atau diberhentikan untuk bertanding semula dalam tempoh 5 tahun.


"Dibangkitkan soal 48 (6) melibatkan penafian hak seseorang yang diberhentikan atau memilih untuk berhenti kerana tidak boleh bertanding dalam tempoh 5 tahun.


"Kalau kita hormat Perlembagaan, semangat rakyat, maka biar rakyat tentukan. Maka seseorang yang terkeluar atau dikeluarkan melompat parti, maka dia perlu berdepan rakyat untuk rakyat putuskan (jawatan)," katanya.


Dalam pada itu, Anwar juga mahu agar sidang khas seterusnya dibuat pada hujung Mei ini dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kerajaan - PH yang merumuskan isu pindaan Perlembagaan dan RUU ALP itu segera bersidang.


"Satu prinsip asas dalam pindaan adalah untuk mengetahui secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan RUU? Sekarang ini kita tidak punya peluang (dengan Jawatankuasa Pilihan Khas) melihat peruntukan secara terperinci walau Jawatankuasa Teknikal ada sedikit maklumat tetapi bukan draf muktamad.


"Saya mengusulkan sesi berikutnya, selepasnya akhir Mei akan datang, saya harap PM memberikan persetujuan tersebut supaya pembentangan pindaan Perlembagaan ini dilakukan bersama pembentangan RUU Akta Anti Lompat Parti.


"Supaya memenuhi maksud kita mengadakan RUU baru, supaya YB dapat kepastian menterjemahkannya dalam RUU ALP.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page