top of page

Perjuangan Islam luas, bukan ikut selera parti tertentu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22, 2023
  • 1 min read


Perjuangan Islam tidak sepatutnya disempitkan dengan keterikatan terhadap mana-mana parti politik, kata bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang kini merupakan ahli Majlis Ulama UMNO.


Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu hantaran di Facebook berkata falsafah perjuangan Islam adalah sangat luas dan merangkumi pelbagai aspek.


Ia termasuk menyeru mentaati pemerintah semasa yang telah dipilih dan mengajak perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.


"Perjuangan Islam ialah perjuangan mengajak manusia muslim bersaudara atas nama Islam dan mengajak manusia yang berbeza agama bersaudara atas nama rakyat Malaysia selain memastikan urusan pentadbiran negara, negeri dan daerah serta kampung sentiasa telus tanpa penyalahgunaan kuasa dan kebajikan rakyat khususnya marhaen terbela.


"Perjuangan Islam adalah perjuangan memastikan undang-undang negara sentiasa selari dengan Islam dan dasar-dasar perundangan Islam," katanya.


Melalui hantaran sama, Khairuddin turut menjelaskan manhaj sebenar di sebalik perjuangan tersebut adalah memastikan seruan melakukan makruf dan mencegah kemungkaran dengan pelbagai cara yang berhikmah.


"Demikianlah luasnya cakupan perjuangan atas nama Islam," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page