top of page

Perjuangan Islam bukan milik kelompok tertentu - ABIM Kelantan



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melabel dua calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai melawan perjuangan Islam


Naib Yang Dipertuanya, Saifulnizam Muhamad dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Mohd Nasuruddin itu sebagai kurang cermat dan mengingatkan bahawa fungsi pembangkang di mana-mana dewan bertujuan sebagai unit hisbah untuk melakukan semak dan imbang pentadbiran sesebuah negeri.


"Walaupun ayat yang dilafazkan Menteri Besar Kelantan itu tidak jatuh kepada menuduh fasiq atau kafir, lemparan kalam beliau memberi konotasi kepada pihak selain beliau itu melawan perjuangan Islam," tegasnya.


Beliau turut menegaskan peranan menyemarakkan perjuangan Islam bukan milik mutlak mana-mana pihak secara khusus.


"Tidak pernah ada dalil yang mengkhususkan suatu kelompok yang mendapat tugasan ini secara mutlak sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah.


"Kesimpulannya, setiap orang mempunyai peranannya tersendiri dalam memperjuangkan Islam," tambahnya.


Media sebelum ini melaporkan, dua calon BN dan PH yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dan Galas memberi tempoh tujuh hari kepada Mohd Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang melabel dua calon berkenaan menolak perjuangan Islam.


Calon yang memenangi DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan DUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyifatkan kenyataan ADUN Meranti itu sangat keterlaluan.


Sementara itu, ABIM Kelantan dalam kenyataan sama menggesa kerajaan pimpinan Mohd Nassuruddin menghargai kehadiran dua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebagai unit hisbah bagi memastikan pelaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam itu bukan sahaja dijelmakan dalam bentuk slogan, sebaliknya turut dizahirkan dalam bentuk pelaksanaan dasar yang dirasai oleh semua rakyat Kelantan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page