top of page

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura ditandatangani hujung tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Ekonomi menjangkakan Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura dapat ditandatangani pada akhir tahun ini.


Kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis berkata, perjanjian itu akan ditandatangani oleh perdana menteri kedua-dua negara semasa Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 akhir tahun ini.


"Perjanjian Bersama ini akan memperincikan kerjasama yang dipersetujui kedua-dua negara bagi pembangunan JS-SEZ termasuk sektor yang akan diberi tumpuan, lokasi serta insentif yang akan ditawarkan," kata kementerian itu sebagai menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen.


Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) sebelumnya ingin tahu mengenai perkembangan terkini, hala tuju dan garis masa pelaksanaan JS-SEZ.


Sementara itu Kementerian Ekonomi menjelaskan, Memorandum Persefahaman JS-SEZ telah ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bersama Menteri Perdagangan dan Industri Singapura pada 11 Jan 2024 di Johor Bahru.

Pada masa ini, kerajaan negeri Johor sedang melaksanakan kajian JS-SEZ dan telah mengemukakan laporan interim kajian kepada Kementerian Ekonomi pada 29 Jan 2024.


Pada 28 Febuari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan satu mesyuarat koordinasi JS-SEZ bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas kementerian dan agensi Persekutuan sebelum dibincangkan dengan Singapura.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page