top of page

Perjanjian sempadan, ICQS baharu sambut ibu kota Nusantara




Malaysia akan melakukan yang terbaik di sempadan dalam menyambut pembukaan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, tidak lama lagi.


Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia teruja dengan perkembangan baharu itu dan telah menggiatkan pembinaan atau naik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sebagaimana diumum dalam peruntukan RM1 bilion dalam Belanjawan 2023.


"Seiring dengan pembukaan Nusantara, bilangan pengembara di pintu masuk Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan dijangka mengalami peningkatan ketara.


"Justeru kerajaan baru baru ini mengumumkan RM1 bilion peruntukan untuk meningkatkan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan serta prasarana lain seperti jalan raya, jalan keselamatan dan sebagainya.


"Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM194 juta bagi membina dan menaik taraf beberapa ICQS dan pos kawalan imigresen di sempadan Sarawak.


"Antaranya projek naik taraf ICQS Tebedu, pembinaan ICQS dan kuaters Sarikin, pembinaan pos kawalan dan kuaters imigresen Bakalalan dan pembinaan pos kawalan dan kuaters imigresen Teluk Malano. Manakala bagi Sabah kementerian sedang meneliti dan menyediakan permohonan bagi beberapa projek dengan nilai anggaran RM1.21 bilion.


"Antaranya sedang meneliti cadangan pembinaan kompleks ICQS Bantul, cadangan pembinaan kompleks ICQS Serudong dan cadangan pembinaan pos imigresen Long Pasia," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Roy Angau Gingkoi (GPS - Lubok Antu) dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat sebelah pagi.


Berkenaan soalan tambahan Lubok Antu, apakah ikhtiar kerajaan untuk memastikan keselamatan terjamin di pintu masuk sempadan yang baharu, Saifuddin berkata 3 langkah sedang dilakukan untuk menangani hal berkenaan.


"Pertama, dia mesti melibatkan kerjasama dua negara. Sekarang kita sedang dalam fasa pembikinan perjanjian Boarder Crossing Agreement, dari segi timeline kita jangka akan ditandatangani apabila presiden Jokowi melawat negara kita, tahun ini.


"Kita juga dalam fasa memuktamadkan sekurang kurangnya 3 perkara, pertama senarai pintu masuk yang kita wartakan. Kemungkinan pintu masuk baru yang mesti dipersetujui.


"Kedua, kita juga telah bersetuju antara kedua dua negara ini, area of access, sebab pintu masuk dibuka nanti aliran keluar masuk rakyat berlaku. Kalau tak berhati hati ada kemungkinan berlaku ancaman. Jadi kedua dua negara sekarang sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan di mana penduduk kedua dua negara dibolehkan untuk berada. Paling akhir adalah semakan terhadap elemen perundangan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page