top of page

Perjanjian PH-BN Pahang kukuhkan Kerajaan Negeri - Dr Azmi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 24, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pendirian Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pahang untuk memeterai perjanjian persefahaman (MOU) bagi mengukuhkan kestabilan politik dan pentadbiran dilihat sebagai langkah terbaik mengukuhkan Kerajaan Negeri.


Felo Kanan Akademi Penyelidikan Nusantara (NASR) Dr Azmi Hassan berkata, MOU yang ditandatangani oleh ketua blok negeri dalam gabungan Kerajaan Perpaduan itu amat diperlukan untuk dapat mengelakan cakap-cakap yang menganggu kestabilan Kerajaan Negeri.


"Dalam kes Pahang, (ia) terdiri daripada dua gabungan yang berlainan entiti dan strategi yang berbeza.


"Oleh itu, penting untuk kefahaman di antara kedua blok terbabit membuat kerjasama yang ada hitam putihnya (MOU)," kata Dr Azmi menerusi wawancara ‘MOU politik baharu PH-BN Pahang: Hindar khianat kukuh perpaduan’ yang

dikendali SumberTv.


Jelasnya, MOU yang dinyatakan secara umun itu bukan sahaja kukuh bahkan ia dapat mengelakkan mana-mana wakil rakyat daripada blok gabungan itu menarik sokongan.


"Saya pasti MOU diumumkan itu untuk mengelakan persepsi buruk dan tidak timbul ura-ura (komponen Kerajaan Perpaduan)menarik balik sokongan


"Oleh itu, ada persefahaman kerjasama yang bukan sahaja mantap tetapi ia akan bertahan sehingga habis penggal," ujarnya.


Selain itu, Azmi berkeyakinan MOU akan mampu mewujudkan pengagihan kuasa yang lebih adil diantara PH-BN Pahang sekaligus dapat mengukuhkan lagi kerjasama mereka.


"Jika dilihat BN boleh jadi diktator kerana mempunyai kelebihan kerusi yang banyak dan memberi kelebihan buat mereka.


"Namun MOU yang disepakati itu boleh mewujudkan ruang keseimbangan di antara mereka (blok PH)," jelas Azmi.


Pada 19 November lalu, MOU kerjasama ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas hampir setahun kedua dua pihak menjalin kerjasama membentuk Kerajaan Negeri.


Perjanjian itu antara lain bagi memantap dan memudahkan urusan pentadbiran kerajaan, antaranya perbincangan mengenai lantikan, jawatan, ruang kerjasama dan perancangan jangka panjang di negeri Pahang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page