Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari menggesa kerajaan supaya membuat semakan semula terhadap perjanjian MA63 melibatkan Sabah dan Sarawak.
Ini kerana, katanya, MA63 sepatutnya disemak selepas ditandatangani, tetapi ia tidak pernah dilakukan sehingga ke hari ini.
"Satu janji yang termaktub dalam klausa MA63 adalah review tentang pelaksanaan perjanjian hendaklah diadakan 10 tahun selepas ditandatangani.
"Tun Abdul Razak ketika itu mengamanahkan Tun Dr Ismail tetapi oleh kerana sesuatu tidak dapat dielak, review tidak dapat dijalankan, sehingga hari ini selepas 50 tahun, tidak ada apa-apa tindakan untuk melaksanakan review tersebut," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru, beliau meminta Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta Menteri Undang-Undang supaya mengambil tindakan.
"Ini agar dewan dapat dilihatkan perjanjian review dapat dilaksanakan, kalau boleh bentangkan di dewan sekurang kurangnya rakyat tahu apakah benda yang perlu dilaksanakan, kalau pun sudah dilaksanakan sejauh mana keberkesanannya," katanya.
Comments