top of page

Perjanjian kerjasama parti politik Kerajaan Perpaduan ditandatangani petang ini



Perjanjian kerjasama politik antara parti parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan ditandatangani pada petang ini.


Hal itu disahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri (PM) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Menurut beliau, perjanjian yang akan ditandatangani petang ini amat bersejarah kerana akan memastikan gabungan Kerajaan 'melangkah sederap' di bawah pimpinan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kita akan menadatangani perjanjian koalisi pada hari ini


"Kita harap dengan perjanjian itu akan memperkukuh hubungan (antara) parti," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Shamsul, sekiranya tercapai kesepaduan dalam kalangan parti pemerintah maka banyak isu serta masalah rakyat atau negara boleh diselesaikan dengan mudah, termasuk masalah yang sukar diselesaikan oleh kerajaan terdahulu.


"Kalau politik stabil dan dapat sokongan padu dari Ahli Parlimen maka banyak program ekonomi, sosial boleh kita kerjakan bersama," katanya.


Shamsul mengharapkan perjanjian koalisi akan memberi kesan besar kepada usul Undi Percaya pada 19 Disember ini di Dewan Rakyat dan membolehkan PM mendapat undi maksimum daripada Ahli Parlimen kerajaan.


"Jangka pendek tentulah kita sedang berusaha memastikan Datuk Seri Anwar akan mendapat jumlah selesa dalam Undi Percaya Isnin ini.


"Ini merupakan hari bersejarah dalam politik tanah air. Pertama kali PM tunjuk keberanian dan sedia diusul Undi Percaya dalam parlimen biarpun perkara itu tidak perlu kerana telah ada perjanjian koalisi


"Itu akan jadi satu duluan kepada pemimpin akan datang. Isnin ini saya harap Ahli Parlimen kerajaan akan dapat berikan sokongan padu ke dewan dan kita bersedia di bawah satu pasukan bergerak ke depan meletakkan Malaysia kembali pada tempatnya," kata Shamsul lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page