top of page

Perjanjian Kerajaan Perpaduan diktator: 'Zaman PN Muhyiddin isytihar darurat bila politik goyah'



Kritikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang meletakkan syarat Ahli Parlimen wajib menyokong usul penting kerajaan sebagai tidak demokratik amat bertentangan dengan praktik beliau ketika menjadi Perdana Menteri dua tahun lalu.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, Muhyiddin sewaktu bergelar PM bukan sahaja tidak melakukan Undi Percaya bagi menunjukkan keabsahannya tetapi mengisytiharkan Darurat dan menggantung parlimen apabila kedudukan politik beliau mula goyah pada awal 2021 lalu.


"PN pertikai ini (perjanjian) satu bentuk diktator. Sebenarnya Ahli Parlimen 148 yang membentuk Kerajaan Perpaduan ini bebas untuk mengundi ikut kepakaran masing masing, kecuali dalam perkara yang bersabit keabsahan kerajaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dalam akta akti lompat parti. Itu memang ada dalam undang undang (tidak boleh mengundi bertentangan keputusan parti).


"Sebenarnya ada dua bentuk (undian) bersabit keabsahan kerajaan. Pertama, jika ada usul Undi Tidak Percaya kepada PM, kedua dalam bentuk undian kepada bajet tahunan. Selain dua bentuk undi ini, Ahli Parlimen bebas mengundi mengikut pandangan masing masing. Itu tidak tertakluk kepada Fasal 4 perjanjian.


"Ini jauh lebih demokratik daripada keadaan berlaku sebelum ini semasa Muhyididn dan PN berkuasa.


"Muhyiddin apabila dia nampak sudah akan hilang kuasa, dia guna kuasa Darurat. Memerintah tanpa cuba untuk mengesahkan sokongan majoriti di parlimen pun," katanya dalam satu siaran media malam tadi.


Tambah Rafizi, tuduhan pemimpin PN bahawa PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap diktator lewat perjanjian persefahaman tersebut sebenarnya kembali kepada mereka.


Tanpa perjanjian pun, katanya, pemerintahan PN jauh lebih diktator apabila parlimen tidak berfungsi dan segala perbelanjaan kerajaan tidak didedahkan kepada umum.


"Sebab itu saya rasa lawak apabila satu satunya reaksi dari pertikaian PN kononnya langkah berbahaya diktator (kediktatoran) di bawah PM ke 10


"Sedangkan satu satuanya PM yang ada rekod menggunakan kuasa darurat untuk memerintah dan kekal berkuasa di zaman aman hanyalah Muhyiddin," katanya.


Untuk rekod, kerajaan PN memohon perisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong konon untuk membendung wabak Covid 19 apabila sebahagian Ahli Parlimen Umno mahu mengalih sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada hujung 2020 lalu.


Proklamasi Darurat diperkenankan berkuatkuasa pada 12 Januari 2021 dan tamat pada Ogos tahun yang sama. Selepas darurat tamat PM Muhyiddin digulingkan oleh rakan kerjasamanya untuk diganti dengan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page