top of page

Perjanjian CSA dengan MP pembangkang kukuh kestabilan politik

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
1 hour ago
1 min read
MP dan pemimpin Bersatu yang hadir dalam majlis menandatangani CSA bersama Kerajaan Perpaduan
MP dan pemimpin Bersatu yang hadir dalam majlis menandatangani CSA bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan MADANI, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) semalam bagi memperkukuh kestabilan politik serta memastikan kelangsungan urusan pentadbiran negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu turut menyediakan ruang bagi membolehkan agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.


Menurut beliau, perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih baik.


Anwar menegaskan bahawa kematangan politik menuntut semua pihak mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan politik sempit, bagi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat terpelihara.


Beliau berharap persefahaman yang dicapai itu menjadi asas kepada kerjasama konstruktif antara pihak terlibat, selain memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi negara.


Katanya, kerjasama berkenaan juga diharap dapat membuka ruang untuk memastikan agenda pembangunan negara berjalan lancar dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat.


Perjanjian CSA itu mencerminkan usaha membina persefahaman politik bagi menyokong kestabilan pentadbiran serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan pembangunan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page