top of page

Perjanjian antara komponen Kerajaan Perpaduan jamin kemantapan pemerintahan - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 16, 2022
  • 1 min read


Perjanjian permuafakatan antara gabungan Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani hari ini akan menjamin terbentuknya sebuah kerajaan yang bersatu padu dan mantap berbanding kerajaan terdahulu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persefahaman atau permuafakatan itu jelas mempunyai hala tuju untuk membangun negara sebaik mungkin setelah sistem politik dapat distabilkan serta wujudnya saling kepercayaan antara sesama komponen koalisi kerajaan.


"Persefahaman atau permuafakatan ini dengan hala tuju yang jelas untuk membangun negara, menjamin supaya sistem politik kita stabil dan menumpu perhatian untuk mengangkat martabat negara kita sebagai negara maju.


"Maknanya tumpuan (difokus) kepada tatakelola, tadbir urus baik dan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih meyakinkan.


"Ini tidak boleh dicapai tanpa kerjasama rakan rakan pimpinan parti dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan beberapa perakuan yang lebih berdasarkan komitmen kita kepada prinsip perjuangan dan dasar," kata Anwar dalam ucapan selepas selesai menandatangani dokumen perjanjian tersebut di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang ini.


Anwar juga menegaskan memorandum kerjasama tersebut disepakati bukan berlegar atas kedudukan atau habuan yang diterima parti koponen koalisi tetapi berasaskan prinsip dan dasar.


"Saya diberi kepercayaan, dan terharu dengan komitmen bersama sebagai satu pasukan mantap Kerajaan Perpaduan. Dan ini akan membolehkan kita menghadapi apa apa masalah di parlimen juga di luar dengan satu suara, Kerajaan Perpaduan Malaysia," katanya lagi.


Lima parti yang menandatangani perjanjian petang ini ialah Pakatan Harapan, BN, GRS, GPS dan Warisan.


Kesemuanya diwakili presiden atau pengerusi gabungan dan parti masing masing.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page