top of page

Peringatan buat Shafie Apdal, Warisan - Raymond Ahuar



Kenyataan Shafie Apdal selaku Presiden Warisan baru-baru ini menimbulkan persoalan dan dianggap mengelirukan kerana seolah-olah menolak kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Raymond Ahuar menganggap tindakan bekas Ketua Menteri Sabah yang mahu bergerak sendiri hanya akan melemahkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan blok pembangkang secara keseluruhan.


"Di sini saya ingin menjelaskan bahawa pembangkang yang ada hari ini yang diketuai PH merupakan barisan pembangkang yang kukuh.


"Namun pihak yang cuba melemahkan pembangkang adalah Warisan dan Pejuang yang mana mereka tidak ingin bersama PH dibawah satu pakatan sebaliknya ingin bergerak sendiri. Malah lebih teruk mereka tidak menyokong beberapa usaha pembangkang di Parlimen hanya kerana masalah peribadi bersama beberapa pemimpin PH.


"Di sini kita boleh lihat dan nilai pihak mana sebenarnya yang cuba melemahkan pakatan pembangkang yang ada pada hari ini. Jika melihat pada kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mereka tidak mempunyai kekuatan malah tidak mampu memperoleh 112 atau 50% sokongan Ahli Parlimen dalam pengundian Belanjawan 2021," katanya dalam kenyataan.


Beliau mengulas kenyataan Shafie yang menyatakan bahawa pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.


Justeru, Raymond menasihatkan Shafie supaya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap memenangi semula hati rakyat Sabah.


"Saya ingin menyarankan adalah lebih baik Shafie fokus untuk mengambil semula kerajaan Sabah dari kerajaan Perikatan Nasional selepas beliau ditumbangkan bukan kerana pengkhianatan, tapi kerana ditolak rakyat pada Pilihanraya Negeri Sabah baru-baru ini," katanya.


Pada masa sama, Raymond juga mempersoalkan pendirian Shafie yang mahu memperluas dan mendapatkan sokongan di Semenanjung, sedangkan Warisan gagal untuk berbuat demikian di negeri kelahirannya sendiri.


"Saya tidak menentang keputusan Shafie untuk melebarkan sayap Warisan ke Semenanjung atas semangat demokrasi namun agak janggal bila beliau ingin membawa semangat 'Unity' yang beliau mainkan di Sabah sebelum pilihan raya negeri yang lalu ke Semenanjung.


"Melihat kepada kempen 'Unity' beliau yang gah sehingga hampir semua billboard di Sabah terpampang wajah beliau dengan kempen 'Unity' seperti yang dilakukan mantan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Beliau dilihat gagal menyampaikan mesej sebenar 'Unity' dan tidak diterima oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) di Sabah," katanya.


Jelas Raymond, ia berbeza dengan parti KEADILAN yang berjaya membawa semangat 'Unity' dan dihayati serta difahami oleh rakyat.


"Untuk pengetahuan, 'Unity' telah dilaksanakan oleh Parti Keadilan Rakyat sejak 1999 apabila menubuhkan sebuah parti nasional yang mempunyai ahli yang berbilang kaum dan agama. Dan hari ini Parti Keadilan Rakyat menjadi parti berbilang kaum terbesar di negara dengan lebih sejuta ahli.


"Penyatuan semua pembangkang tanpa ada agenda peribadi pasti mampu memperkukuhkan lagi pakatan pembangkang sedia ada. Maka saya menasihatkan Shafie untuk berhenti mengheret masalah peribadi dan segera mencari titik persamaan untuk mengembalikan mandat rakyat pada PRU-14 lalu," katanya.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page