top of page

Peringatan Anwar Ibrahim kepada pejuang KEADILAN

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jul 17, 2020
  • 1 min read

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan satu peringatan yang berguna buat para pejuang, ahli-ahli parti dan para penyokongnya.


Peringatan itu dibuat ketika beliau mengadakan jelajah ke Negeri Sembilan, memandangkan beliau sendiri merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.


"Semoga kita tidak lupa atau abaikan tanggungjawab kepada rakyat dan parti yang diberi mandat oleh mereka.


"KEADILAN mesti kuat dan gigih mendepani isu-isu semasa yang mengesankan warga, terutamanya saat getir ekonomi tatkala serangan wabak.


"Berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan kepada kita, Insya-Allah," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Peringatan itu juga dibuat bagi memastikan KEADILAN terus kukuh dan bersatu-padu di masa akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page