Perincikan garis panduan pembukaan semula sekolah
- Omar Zin
- Aug 16, 2021
- 1 min read

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta supaya memperincikan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang terkini.
Katanya, ini bagi mengadaptasi kepada keadaan semasa secepat mungkin demi masa depan anak-anak Malaysia.
“Ini termasuklah, memperbaiki pengudaraan (ventilation) bagi prasarana sekolah seperti yang disarankan; sebagai contoh, tingkatkan pengudaraan udara luar dan penapisan udara, kawal atau tambah baik aliran udara.
“Seterusnya, penyediaan meter karbon dioksida (CO2) supaya kualiti udara dalaman (KUD) adalah yang optimum dan penyediaan kit ujian saringan bagi memastikan saringan yang kerap dapat dilaksanakan,” katanya.
Sekolah dijangka dibuka semula pada 3 Oktober ini secara berperingkat.
Comments