Perhimpunan pembangkang tidak bawa isu kepentingan rakyat - PM
- Suara Keadilan

- Jul 28
- 1 min read

Perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu merupakan satu lagi percubaan pembangkang membangkitkan sentimen kebencian politik dalam kalangan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, himpunan tersebut tidak membawa sebarang isu substantif yang menyentuh kepentingan rakyat selain dari persepsi memburukkan kerajaan pimpinannya.
"Saya ucapkan terima kasih, semua selesai dengan aman. Saya sudah lihat isu-isu dibangkitkan.
"Tiada cadangan pendidikan, tiada pelan perpaduan, jauh sekali idea untuk kestabilan negara. Cuma ada satu jeritan berulang-ulang: "Turun Anwar"," katanya dipetik.
Anwar berata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan bahawa dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, rakyat dibenarkan untuk berhimpun.
Namun begitu, beliau turut menggesa agar fakta dan realiti tidak dimanipulasi untuk menanam persepsi negatif terhadap kerajaan.
"Banyak yang disuarakan tidak berdasarkan fakta. Contohnya ada yang mendakwa harga minyak naik, sedangkan ia menurun. Ini hanya sentimen politik dan tidak berpaksikan kebenaran
"Rakyat boleh menilai. Jika ada kelemahan, kita perbaiki. Saya tidak katakan apa yang dilakukan itu sempurna, tetapi biarlah kritikan berasaskan fakta dan niat yang jujur," ujarnya.









Comments