top of page

Pergolakan dalaman Bersatu: Sokongan puak Azmin bawa 'rebah'?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Pergolakan dalaman yang terus menggoncang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka memberi kesan terhadap keupayaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekali gus mencerminkan cabaran kepimpinan dan kesepaduan dalamannya.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, polemik yang sedang melanda parti itu pada waktu ini dijangka menimbulkan rasa tidak percaya dalam kalangan parti-parti komponen yang bersama parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).


"Pendapat saya secara peribadi kita dah nampak jelas keretakan Bersatu, ditambahkan pula dengan kebocoran maklumat daripada Wan Ahmad Fayhsal dan Datuk Wan Saiful Wan Jan," katanya ketika dihubungi.


Beliau diminta mengulas mengenai pemecatan salah seorang pengasas Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan beberapa dakwaan yang ditimbulkan oleh pemimpin berkenaan kemudiannya mengenai konspirasi penyingkiran beliau melalui lembaga disiplin parti.


Ditanya mengenai dakwaan terdapatnya 'puak' yang rapat dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali, sedang berusaha menyingkirkan musuh politik presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Muhammad Iman berpendapat Pengerusi PN itu perlu berhati-hati menghadapi 'permainan' orang kanannya.

Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi
Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi

Katanya, Azmin mempunyai rekod tersendiri dalam mencatur kepimpinan KEADILAN selama belasan tahun tetapi kemudian meninggalkan parti itu pada 2020.


"Inilah perangai Azmin. Sejak daripada KEADILAN lagi, memang perangai dia macam dia lah yang 'terpaling'. Dia lah yang paling banyak berkorban, dia lah yang terpaling KEADILAN masa itu.


"Macam mana dia 'jaga' PMX (Datuk Seri Anwar) dulu, begitulah juga cara dia terhadap Muhyiddin sekarang.


"Muhyiddin kena sedar satu hari nanti mungkin perkara sama akan berlaku kepadanya, iaitu apa yang pernah berlaku terhadap PMX," dakwa Muhammad Iman yang juga Ketua AMK Ampang.


Bagaimanapun, menurut beliau, krisis dalaman Bersatu telah pun dijangka sejak dari awal lagi, kerana parti itu disertai oleh segelintir pemimpin bermasalah dalam UMNO dan KEADILAN.


Sebab itu, katanya, Bersatu tidak pernah membawa perubahan baik kepada negara sewaktu memerintah kecuali menambahkan gejolak politik tanah air.


"Pandangan saya, sejak dari awal penubuhan kerajaan lagi, Bersatu tidak pernah memberi sebarang impak, dan (kini) tidak pernah menjadi pembangkang yang baik sehinggalah ke tahap polemik yang berlaku sekarang," katanya lagi.


Krisis dalaman bersatu pada waktu ini semakin merebak apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang kerana didakwa terlibat dalam usaha menjatuhkan Muhyiddin.


Terbaharu, Bersatu Ampang pula hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.


Setiausaha Bahagian Bersatu Ampang, Daing Mohamad Daing Makati berkata mereka turut mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan secara terhormat dengan segera demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli terhadap masa depan parti.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page