top of page

Pergerakan nilai ringgit di landasan betul, mengukuh hujung tahun



Kerajaan membuat jangkaan nilai ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku akhir 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.


Beliau berkata kerajaan sememangnya membuat pemantauan terhadap pergerakan nilai ringgit yang kini dianggap berada pada landasan yang betul dengan mengambil kira prestasi ekonomi serta pelaburan yang diraih negara.


"...akhir tahun akan dapat nilai yang lebih kukuh," katanya Ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Pada Februari lepas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyasarkan nilai ringgit diniagakan pada paras RM4.50 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini, didorong oleh kedudukan ekonomi negara yang positif.


Hui Ying berkata, ringgit juga merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh sebanyak 1.4% berbanding dolar AS sejak 26 Februari, 2024.


"Mata wang serantau menyaksikan (prestasi) seperti rupee India yang menguncup -0.8%, dolar Singapura (-0.8%), renminbi China (-0.9%) dan baht Thailand (-1.8%).


"Selain itu, dolar Taiwan pula menguncup -2.4%, won Korea Selatan (-3.9%), peso Filipina (-4.9%), rupiah Indonesia (-5.1%) dan yen Jepun (-5.3%)," katanya ketika menjawab soalan asal Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang).


Hui Ying berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengambil langkah wajar untuk pastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.


"Ini termasuk operasi campur tangan dalam membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan," katanya.


Menjelaskan selanjutnya, beliau berkata pergerakan ringgit turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor global dan domestik yang merangkumi harga komoditi, sentimen pasaran kewangan dan unjuran pertumbuhan ekonomi.


"Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik pelaburan asing dengan pelaburan diluluskan melonjak pada suku pertama 2024.


"Ini menunjukkan pelabur semakin yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga menjangkakan aliran masuk dana dan pelaburan asing yang berterusan dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai mata wang.


"Dalam jangka masa panjang kerajaan komited dalam usaha pelaksanaan pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal


"Ini dijangka dapat menarik pelabur asing ke Malaysia yang akan sumbangkan kepada pengukuhkan nilai ringgit," ujarnya.


Terdahulu Hui Ying menjelaskan, pergerakan ringgit dipengaruhi oleh pelbagai faktor global dan domestik yang turut memberikan kesan kepada harga komoditi dan sentimen pasaran kewangan serta unjuran prestasi ekonomi


Katanya, prestasi ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat turut didorong oleh perkembangan global khususnya pengukuhan dolar AS dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah


Perbezaan sebanyak 250 mata antara kadar faedah Malaysia dan AS juga mendorong pelabur membawa keluar dana dari pasaran domestik ke pasaran luar yang memberikan peluang kadar keuntungan lebih tinggi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page