Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, di hari ini lapor Bernama.
Kunjungan pemimpin nombor satu negara itu ialah bagi meninjau perkembangan terkini situasi banjir yang melanda di Kelantan.
Dalam pada itu, ketibaan Ahli Parlimen Tambun tersebut turut disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.
Dilaporkan, tinjauan di negeri Serambi Mekah itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan selain (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.
Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan, Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang setakat jam 8 malam tadi.
Selain Kelantan, seramai 6,213 mangsa banjir di Terengganu masih terjejas dengan banjir gelombang ketiga yang melanda di negeri itu sejak Ahad lalu.
Sehingga kini, semua mangsa daripada 1,756 keluarga berada di 59 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.
*Kredit Foto: Bernama
Comments