top of page

Perdana Menteri lancar Bazar Ramadan RAHMAH Peringkat Negeri Perak



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Madani di Taman Perpaduan dekat Ulu Kinta di Ipoh, Perak.


Beliau tiba di tapak bazar pada jam 5.40 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.


KPDN dalam satu kenyataan berkata, PM pada kunjungan itu turut melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.


Program BRR itu merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.


"Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung.


"Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat serta menggalakkan kadar sewa RAHMAH dan berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti," kata kenyataan itu.


Melalui kenyataan sama, KPDN turut memaklumkan telah meluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (RetailDigitalisation Inisiative – ReDI).


Program bagi meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan pengguna menggunakan kemudahan e-wallet dalam berurus niaga secara digital dan dilaksana dengan kerjasama Touch n GO yang selari dengan matlamat kerangka pelaksanaan MyDIGITAL serta Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi sektor peruncitan.

 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page