top of page

PM campur tangan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara


Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencalonkan Tan Sri Rais Yatim sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dianggap sebagai satu tindakan campur tangan kuasa eksekutif.


Senator Dr Yaakob Sapari berkata Muhyiddin sepatutnya menghormati konsep pembahagian kuasa dan tidak seharusnya mencampuri urusan Dewan Negara.


"Kita perlu benar-benar menghayati konsep peralihan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Tapi saya rasa pelantikan speaker Dewan Negara kali ini seolah-olah ada campur tangan eksekutif dalam Dewan Negara.


"Apakah kelayakan perdana menteri mencalonkan individu? Kenapa tidak dimuliakan dengan menerima cadangan dari ahli Dewan Negara, sedangkan ada juga menteri atau timbalan menteri dari Dewan Negara yang boleh dicadangkan.


"Walaupun saya hormat keputusan itu, kalau salah kita perlu betulkan, supaya konsep peralihan kuasa benar-benar dihayati di Parlimen," katanya ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara.


Pada masa sama, Yaakob menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak terlalu taksub dengan kuasa politik.


"Kita hendaklah bersifat non-politik. Orang yang baik kalau ada kuasa penuh pun kadang-kadang jadi tak baik.


"Dalam surah Al-Alaq, ingatlah sesungguhnya manusia tetap melampau batas dengan sebab ia melihat dirinya sudah kecukupan apa yang dihajatinya. Kecukupan itu dalam terjemahan beberapa ahli agama disebut sebagai cukup harta dan cukup kuasa.


"Mereka ada kecenderungan untuk jadi manusia melampau batas. Dalam sejarah mana-mana diktator di dunia ini, dia asalnya orang baik tapi jadi diktator bila kecukupan segalanya. Sebab itu kuasa perlu dibahagikan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page