top of page

Perbicaraan Najib: Banyak fakta boleh dibawa, peguam perlu sentiasa bersedia - Anwar



Perbandingan perbicaraan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak ketika ini dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tiga kes fitnah sepanjang dua dekad lalu tidak wajar diperkatakan.


Menurut Anwar, kes beliau berlainan berbanding Najib. Katanya, dalam perbicaraan kes Fitnah I pada 1998 belum ada laporan polis beliau tetap dituduh di mahkamah. Tiada ikat jamin sepanjang perbicaraan dan terus dipenjarakan bertahun tahun.


Mengenai peguam pula, katanya, beliau pernah kehilangan ketua peguam Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, namun kesnya tidak ditangguh.


"Ketua peguam saya meninggal dunia jadi kita minta ditangguh kerana terpaksa melantik. Ini bukan taktik nak melengahkan, buang peguam, kemudian ambil pasukan baru.


"Ini memang mati, bila mati harus diganti. Tidak ada penangguhan, jalan terus.


"Tak usah cakap pengalaman. Yang penting peguam saya dalam sebarang keadaan, baik zaman Raja Aziz, Fernando, Karpal, tidak pernah berdolak dalik, menarik diri atau meninggalkan kes. Mereka lawan biar pun tahu sistem pada masa itu tidak akan melayani fakta," katanya dalam siaran media malam tadi.


Tambah beliau, keadaan berlainan berhadapan perbicaraan Najib yang mana semua fakta dibenarkan dibawa ke mahkamah.


Tiada had 'tidak relevan' sebagaimana perbicaraaan Anwar dalam kes Fitnah I dua dekad lalu.


"Keadaan sekarang jauh berbeza kerana semua fakta dikemukakan sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Jadi harus kita berdepan. Pasukan peguam harus punya tanggungjawab untuk melawan dan memperjuangkan anak guam mereka dalam pertuduhan.


"Mahu anggap tiada apa berlaku tidak munasabah, wang hilang berbilion ringgit. Intan, permata dibeli, ratusan juta ringgit. Belanja sana sini bukti nyata," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page