top of page

Perbelanjaan di luar Belanjawan: Beringat sebelum tenat - Syed Ibrahim



Perbelanjaan off budget atau di luar Belanjawan merupakan polisi yang diturunkan sejak era pemerintahan BN dan kesannya amat merosakkan kewangan negara.


Belanja di luar Belanjawan biasanya melibatkan syarikat berkaitan kerajaan atau pinjaman jaminan kerajaan yang berakhir dengan liabiliti ke atas perbendaharaan.


Antara kegagalan terbesar off budget ialah skandal 1MDB yang menyebabkan kerajaan berhutang RM32 bilion.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mempersoalkan Belanjawan 2022 yang masih meneruskan polisi off budget dalam perbelanjaan penting kerajaan, dan beliau menasihatkan agar kerajaan PN beringat sebelum ekonomi tenat.


"Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 peringkat dasar, saya telah menyentuh terkait perkara melibatkan perbelanjaan luar Belanjawan kerajaan.


"Perkara-perkara ini disebut "Off-budget" kerana kebanyakan projek infrastruktur tidak disebut jelas dalam Belanjawan. Jelas, penelitian, pemantauan dan laporan harus dilaksanakan," katanya.


Syed Ibrahim menyentuh pendanaan syarikat pembekal spektrum 5G negara yang menelan belanja RM15 bilion yang tidak dilakukan oleh kebanyakan negara lain di dunia dalam membekalkan perkhidmatan 5G.


"Berkenaan inisiatif 5G yang dipandu oleh Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai syarikat bertujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, saya telah menggesa kerajaan agar memperhalusi dan menjelaskan secara terperinci mengenai aspek

tatakelola, kewangan serta teknikal inisiatif 5G ini.


"Saya turut meminta kerajaan memberi penjelasan berkenaan impak dan kemampuan inisiatif 5G ini di masa hadapan. Peribahasa Melayu ada menyebut, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".


"Kemampuan dan pembangunan capaian internet 4G pun belum sempurna, apa jaminan kerajaan terkait permasalahan seperti kelemahan "blind-spot" dan lain-lain?" tanyanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


Begitu juga soal pinjaman kepada Air Asia yang melibatkan pemberian berbilion ringgit dana kerajaan ke atas sektor swasta bermasalah.


"Saya membangkitkan isu berkenaan perolehan dana pinjaman kepada Air Asia sehingga separuh bilion yang dijamin Danajamin Nasional Berhad.


"Seperti dilaporkan, pinjaman ini dijamin sehingga 80 peratus oleh pihak kerajaan. Syarikat Airasia terkenal dengan masalah pembayaran semula hutang yang kini mencecah hampir RM 35 bilion.


"Saya meminta penjelasan apakah timbal balik jaminan yang diberikan kerajaan kepada pinjaman untuk ini. Apakah wujud sebarang usaha "back-door deal" melibatkan unsur politik?


"Apakah ada pihak yang tidak sepatutnya mengaut keuntungan daripada risiko besar ini? Seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, apakah ini sebuah "special treatment" kepada Airasia?" tanyanya.


Syed Ibrahim turut tidak berpuas hati dengan ura-ura pengambilalihan Lapangan Terbang Subang, satu aset penting kerajaan oleh sektor swasta yang tidak wajar mengulangi penjualan lapangan terbang tentera udara di Sungai Besi sebelum ini.


"Saya telah mengangkat isu berkenaan pengambilalihan Lapangan Terbang Subang. Walaupun kerajaan telah menafikan perkara ini, peletakan jawatan CEO Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru-baru ini menimbulkan persoalan. Pihak Kesatuan

Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung (KESMA) juga terkejut dengan perkembangan itu.


"Apakah masih ada tekanan daripada tangan-tangan ghaib supaya pengambilalihan ini tetap berlaku? Saya juga mendengar ura-ura bahawa ada lagi kakitangan yang akan diberhentikan kerana tidak bersetuju dengan kerakusan merompak aset rakyat.


"Saya menggesa Menteri Pengangkutan menjawab apa rancangan untuk Lapangan Terbang Subang dengan telus. Di mana kedudukannya dalam Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030?


"Saya menggesa kerajaan supaya isu-isu "off-budget" ini dibawa ke penelitian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page