top of page

Perbanyak program buka minda, kefahaman politik pengundi muda - AMK

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 19, 2023
  • 2 min read



Kekurangan besar undi yang diperolehi daripada kalangan pengundi muda bawah 25 tahun kepada calon calon Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu memerlukan satu pemikiran semula strategi parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.


Bagi Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Omar Mokhtar A Manap, kelemahan PH terutamanya selepas Undi 18 diperkenalkan adalah tiadanya blue print untuk menarik pemikiran pengundi muda kepada PH.


PH juga katanya, kurang memikirkan kaedah yang tepat atau digemari pengundi muda sebagai medium mempengaruhi pemikiran mereka.


"Dalam hal ini kita tidak boleh berada pada tahap sindrom penafian


"Kita kena ambil serius peranan Tiktok (dalam mencorak minda generasi muda), jangan menafikan. Kita tertinggal dalam usaha mengejar sokongan pengundi muda.


"Kedua, kita tidak tak ada satu kerangka tersusun (menarik pengundi muda). Kita berhadapan dua patern pengudi muda yang berlainan.


"Dalam kata mudah kita perlu perbanyak program untuk beri pendidikan politik terutama di kalangan generasi muda," katanya kepada Suara Keadilan.


KEADILAN terutamanya AMK kata Omar, perlu ada kerangka pendekatan politik tertentu ke atas pengundi lingkungan umur 18 - 24 tahun dan 25 - 35 tahun yang mempunyai set pemikiran agak berbeza.


Malah, katanya, pemikiran mereka ini berbeza dengan yang lebih dewasa.


"Dalam hal ini AMK meletakkan beberapa cabaran, tetapi kita tidak kata semua pengundi muda tiada pemikiran jelas.


"Kedua, perlu ada satu kerangka program untuk memahamkan mereka, terutama dalam politik. Sebab bila kita turun ke bawah pemikiran mereka lemah sungguh. Kenapa nak undi PN, sebab nak tukar Perdana Menteri. Mereka tak faham (beza PRN dan tukar PM)


"Bila kita cerita inisiatif kerajaan, mereka cakap mana mana jadi kerajaan pun sama sahaja. Mereka tak faham fungsi Kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan.


"Mereka lebih kepada trend. Nampak 'stail' (calon PN) bagus mereka sokong. Benda ini jadi masalah


"Tak ada benda yang jelas (dalam pemikiran), misalnya sokong sebab ekonomi, ini kerangka dia. Mereka tak ada kerangka pemikiran asas," ujarnya lagi.


Justeru itu, Omar tidak menolak cadangan agar kerajaan kembali menggerakkan program patriotik khidmat negara bagi meningkatkan pemahaman pengundi 18 kepada struktur pemerintahan, sama ada mengerakkan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau yang lain tetapi harus mempunyai fokus mematangkan pemikiran generasi muda.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page